Mulai 01 Januari 2021, Dewan Ukir Mall di aras 1, Ukir Mall Alor Setar akan berwajah baru setelah kerja-kerja pengubahsuai selesai pada Disember 2020. Dewan yang sinonim dengan majlis-majlis perkahwinan dan kelas pengajian oleh pihak PAKSI telah diubahsuai setaraf dengan dewan-dewan yang sedia ada di sekitar Bandaraya Alor Setar.
Berkonsepkan gaya moden dan terkini, dewan yang boleh menempatkan seramai 600 orang pada satu-satu masa ini, menyediakan kemudahan-kemudahan berikut untuk sebarang aktiviti yang di adakan.
- Surau;
- Dewan berhawa dingin beserta kerusi dan meja;
- Pentas dan ‘backdrop’ sedia ada;
- PA Sistem;
- Bilik Sajian;
- Bilik Persalinan; dan
- Bilik Menunggu (holding room)
Kadar caj sewaan baharu ialah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) untuk tempoh 8 jam. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya tambahan masa diperlukan. Tempahan dewan akan mula dibuka pada 1 Januari 2021. Sila semak lamanweb PKNK untuk maklumat lanjut.