7 Julai 2021 - PKNK telah memperuntukkan sebanyak RM18,000.00 menggunakan Agihan Balik Wang Zakat Perniagaan bagi menyediakan 200 foodbag kepada rakyat Kedah yang terkesan dengan Pandemik COVID-19. Sebanyak 100 foodbag telah diserahkan kepada wakil Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan 100 foodbag lagi akan diedarkan oleh wakil Skuad Prihatin PKNK. Diharap dengan sumbangan kecil ini dapat membantu bagi meringankan beban penerima.