12 Julai 2021 , Isnin, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah bersama-sama Syarikat Kumpulan PKNK iaitu Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd, Bina Darulaman Berhad, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd, Darulaman Aset Sdn Bhd dan PKNK Hotels Sdn Bhd telah menyerahkan sumbangan tunai berjumlah RM260,753.00 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi bersama-sama Kerajaan Negeri untuk terus membantu golongan yang terkesan disebabkan Pandemik Covid-19.

Serahan cek sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK serta Pengurusan Tertinggi Syarikat Kumpulan PKNK kepada YAB Menteri Besar Kedah.

Solidariti ini adalah cerminan sokongan pihak PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK terhadap perjuangan Kerajaan Negeri Kedah yang berusaha tanpa henti membendung dan melindungi semua rakyat yang terkesan dengan jangkitan pandemik Covid-19. Selain serahan sumbangan tunai ini, PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK yang lain juga turut memberi sumbangan dalam bentuk edaran food box dan sebagainya.