Isnin, 9 Ogos 2021; Program Khas Bacaan Yasin secara dalam talian sempena Awal Muharram 1443H melibatkan Warga Kerja PKNK bertujuan mengimarahkan bulan yang mulia ini disamping doa dalam tempoh negara berhadapan dengan musibah pandemik Covid-19 ketika ini.

Bermula Jam 7.55 malam, bacaan Yasin diketuai oleh YBhg. Ustaz Hj. Mohd Isa bin Hj. Abd. Rahman, Penolong Pegawai Kanan, Bahagian Dakwah & Tarbiah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Semoga usaha ini akan mendapat rahmat daripada Allah SWT serta dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang sedang melanda.