Khamis, 26 Ogos 2021, Satu lawatan kebajikan bagi menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada mangsa tragedi kepala air di Gunung Jerai yang telah berlaku pada 18 Ogos 2021, dimana melibatkan kakitangan The Jerai Hill Resort. Sumbangan ini adalah daripada PKNK, Wargakerja PKNK dan BDB.

Serahan sumbangan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Tn Syed Yussof bin Syed Othman dan disertai oleh En Khalid bin Saleh selaku Pengarah Urusan PKNK Hotels Sdn Bhd, Pn Anita bt Salleh, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan dan Pn Wan Noor Ashikin bt Wan Azizan, Pengurus Bahagian Pelaburan.

Lokasi pertama adalah di Baling, Mangsa adalah En Muhamad Muslim bin Saari, dimana beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di bahu dan motosikal beliau rosak keseluruhannya.

Lokasi kedua adalah di Sedaka, Yan. Mangsa, En. Sharuzi bin Mohamad, telah meninggal dunia dan meninggalkan balu Pn. Ranida bt Ahmad serta 5 orang anak. Rumah beliau masih dalam pembinaan hasil sumbangan daripada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Lokasi terakhir adalah di Taman Seri Putra, Kuala Kedah. Mangsa iaitu En. Muhammad Solleh bin Abdul Hakim, dimana tidak mengalami kecederaan namun kereta beliau adalah rosak keseluruhan.

Akhir sekali, adalah diharapkan agar sumbangan ikhlas ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat dan juga waris yang ditinggalkan. Sama-samalah kita berdoa agar segala kesulitan yang dialami akan diangkat dan dimudahkan segala urusan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian kepala air di Yan ini.