26 Ogos 2021 (Khamis) - Satu lawatan kerja PR1MA Corporation Malaysia ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah diadakan pada 26 Ogos 2021 yang lalu. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mengenalpasti tempat yang sesuai untuk dijadikan Cawangan PR1MA di Utara Malaysia. Selain itu, PR1MA dan PKNK juga turut membincangkan peluang untuk kolaborasi bagi pembangunan di Negeri Kedah. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah bangunan UKIR Mall dan Wisma PKNK yang terletak di Alor Setar, Kedah.
Kunjungan hormat dari PR1MA tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Kewangan Encik Azhar Ahmad Zaki, Ketua Pegawai Korporat Perkhidmatan Encik Osman Taib, Ketua Pengurus Wilayah Encik Juhairi Hashim dan Eksekutif Kanan Pejabat Wilayah Puan Rozliani Rosli dan disambut oleh Ketua Pegawai Korporat PKNK Puan Maheran Manan, Pengurus Bahagian Kompleks dan Penyewaan Tuan Syed Ezwar Dato’ Wira Syed Zain dan Timbalan Pengurus Bahagian Encik Mohd Hazahari bin Md Hussin.