Ahad, 5 September 2021; Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah menyalurkan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM98,000.00 kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman. Sumbangan peralatan perubatan disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKN, Tuan Syed Yussof Syed Othman kepada wakil HSB Encik Wan Ahmad Fazli Bin Wan Kamis, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan HSB.

Sumbangan tersebut melibatkan 10 unit Oxygen Concentrator dan 2 unit High Flow Nasal Cannula yang merupakan peralatan yang sangat diperlukan di HSB. Harapan PKNK, dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pihak hospital dan ianya juga merupakan antara matlamat utama PKNK untuk membantu masyarakat khususnya di negeri Kedah yang sedang berdepan dengan penyakit Covid-19 ini.