Satu (1) program telah dianjurkan oleh Bahagian Keusahawanan iaitu Kursus Asas Pengurusan Syarikat Program Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Negeri Kedah Bagi Tahun 2021, berjaya mengumpulkan seramai lebih dari 120 orang pelajar dari sekolah-sekolah serata negeri Kedah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang langkah-langkah dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi menguruskan syarikat Program Tunas Niaga (PROTUNe) di sekolah masing-masing.


Program yang berlangsung selama empat (4) hari itu dilaksanakan secara berasingan selama dua (2) minggu berturut-turut menerusi aplikasi “Zoom”. Program dimulakan dengan penyampaian ucapan aluan oleh Puan Hajah Hanisah binti Baharum, Pengurus Bahagian Keusahawanan PKNK sebelum diserahkan kepada pihak konsultan. Bahagian Keusahawanan sekali lagi melantik syarikat Akademi PKNS selaku konsultan, telahpun mengisi sebanyak 16 modul seperti penyediaan rancangan tahunan, pengurusan kewangan syarikat, produk kreatif dan inovatif disamping beberapa modul baru seperti asas rekaan grafik Canva, teknik asas pemasaran di Shopee dan asas videografi telefon pintar (smartphone) yang sejajar dengan endemik covid-19 di negara kita.


Selain itu, slot-slot yang disediakan oleh pihak konsultan mempunyai pengisian yang berbeza-beza termasuklah jurulatih yang berbeza mengikut slot. Modul-modul lain yang diketengahkan juga sedikit sebanyak merangkumi keseluruhan program PROTUNe. Program berakhir dengan ucapan penutupan oleh Encik Hasnizam bin Zakaria, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.