(JICA Partnership Program) 4th Online Training: Agriculture and Food Value Chain in Tokachi, Food Hygiene and Food Value Chain Industry-Academia- Government Collaboration and Obihiro University of Agriculture and Veterinary Medicine

Satu (1) sesi latihan telah diadakan anjuran bersama Bahagian Keusahawanan, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Obihiro Chamber of Commerce and Industry (OCCI) dibawah program Kedah Food Valley (KFV).

Bagi slot bulan ini, para peserta berkesempatan untuk melihat penghasilan gandum secara maya di sebuah kilang ladang gandum yang terletak di daerah Tokachi, Jepun.

Selain itu, slot lain pada hari tersebut adalah pembentangan secara langsung dari pensyarah Obihiro University of Agriculture berkenaan dengan beberapa topik; pembangunan kebersihan makanan dan rantaian nilai makanan (konsep nilai tambah), pembangunan industri sumber manusia serta kerjasama industri-akademik-kerajaan inisiatif dari pihak Obihiro University sendiri.

Pada akhir sesi, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi suai kenal (ice breaking) bagi membincangkan berkenaan perniagaan masing-masing serta kekangan dan cabaran yang dialami sepanjang endemik Covid-19.