Bahagian Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia dan Syarikat Kumpulan PKNK dengan Kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad telah menganjurkan Program Budaya Etika Dan Intergriti Membentuk Budaya Kerja Cemerlang kepada semua warga kerja pada 24 November 2021 (Rabu) Jam 10.00 pagi secara atas talian. Program ini dikendalikan oleh Pn Noor Haziah binti Bistomi sebagai moderator, ucapan aluan disampaikan oleh En Azwan bin Abdul Wahab, Pengurus Kanan PPSM dan ucapan daripada wakil Bank Islam iaitu Pn Fathin Hamimah Mokhtar, Pengurus Bahagian Perniagaan Runcit Deposit dan Pengurusan Tunai Wilayah Utara. Program ini disampaikan oleh penceramah bebas, Y.Bhg Ustaz Mohd Elyas bin Ismail, yang dikenali dalam arena pentas dakwah Malaysia. Program kerjasama ini merupakan yang pertama kalinya diadakan untuk tahun 2021 bagi menjalinkan usaha murni dalam membina jalinan ukhwah antara PKNK, Syarikat Kumpulan PKNK bersama Bank Islam Malaysia Berhad. Banyak ilmu yang boleh dipelajari dan diadaptasi dalam diri semua warga kerja.