(JICA Partnership Program)5th Online Training: Introduction of Various Research Institutes & Initiatives, Agricultural Technology & Machinery and Introduction of International Agricultural Machinery Exhibition


24 November 2021, Rabu - Satu (1) sesi latihan telah diadakan anjuran bersama Bahagian Keusahawanan, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Obihiro Chamber of Commerce and Industry (OCCI) dibawah program Kedah Food Valley (KFV).
Bagi sesi bulan ini, para peserta diberi pendedahan dengan pelbagai jenis institusi penyelidikan dan inisiatif yang diambil di negara Jepun khususnya dalam bidang pertanian. Dalam slot pertama yang dibentangkan oleh Cik Ogawa dan Encik Maezaka dari The Tokachi Federation of Agricultural Coopertives (Tokachi Nokroyen), mereka membentangkan berkenaan organisasi persekutuan mereka yang berfungsi sebagai medium perantara dalam memberi bimbingan pertanian kepada ahli-ahli pesekutuan mahupun petani luar di daerah Tokachi disamping berperanan dalam menguruskan keselamatan makanan dan sistem sekuriti, mempromosikan dan mengetengahkan produk-produk and ternakan di daerah Tokachi serta mengukuhkan pembangunan aktiviti pertanian di sana melalui sistem-sistem yang mengurangkan penggunaan daya manusia.


Selain itu, slot kedua pula membincangkan berkenaaan teknologi dan mesin pertanian. Slot ini dibentangkan oleh beberapa buah syarikat yang menghasilkan mesin yang berbeza yang digunakan dalam bidang pertanian di Tokachi. Antara yang memberi penerangan ialah Pengerusi Yamada dari Syarikat Toyo Agricultural Machinery Manufacturing (TOYONOKI). Syarikat beliau menghasilkan mesin penuai yang lebih mesra pengguna (tayar yang tidak merosakkan tanah dan tanaman) serta mempunyai sistem kawalan GPS manakala Presiden Fukuzawa dari Fukuzawa Order Agricultural Machinery pula menghasilkan mesin-mesin yang direka khas dan mengikut permintaan para petani seperti mesin memotong sayur brokoli.


Presiden Nagai dari Syarikat Q-Hoe pula menghasilkan cangkul yang mesra pengguna dimana petani tidak perlu menunduk untuk mencangkul lalang yang mengganggu tanaman mereka bagi mengurangkan ketidakselesaan dan sakit belakang disamping untuk memudahkan mereka membuangnya dengan cepat.