25 NOVEMBER 2021, Khamis - Bahagian Hartanah telah mengadakan satu kursus Tanah dan Pemetaan bertempat di Hotel Bayview, Langkawi. Kursus ini dikendalikan oleh dua penceramah yang berpengalaman iaitu Encik Mohd Azizulhafeez Bin Mohd Rafiei daripada Northern Survey Sdn. Bhd dan Encik Mohammad Azril Bin Che Aziz, Pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Ukur Dan Geomatik, Universiti Teknologi Mara.

Kursus Tanah dan Pemetaan ini adalah berkaitan Hal Ehwal Asas dan Pentadbiran Tanah yang dihadiri oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Bahagian Hartanah dan wakil pegawai Bahagian Pentadbiran dan Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Kompleks Dan Penyewaan, Bahagian Teknikal, Bahagian Kewangan, serta Bahagian Pemasaran Dan Jualan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.