23 Disember 2021, Khamis - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah meneruskan misi bantuan bersama Ahli Skuad Prihatin PKNK dengan memberi bantuan bakul makanan kepada asnaf fakir dan miskin di seluruh negeri Kedah.

Sumbangan bakul kasih yang disediakan bernilai RM10,000.00 dan diagihkan kepada 200 penerima di seluruh negeri Kedah oleh ahli Skuad Prihatin. Penyediaan bakul kasih ini adalah menggunakan agihan balik wang Zakat Perniagaan PKNK. Diharap sumbangan ini dapat meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung semua.