13 Februari 2022, Ahad - Unit Komunikasi Korporat PKNK telah mengadakan Program Lestari Ilmu ke Petrosains Kuala Lumpur bersama Anak-Anak Yatim Yayasan Bunga Raya seramai 18 orang pelajar pada 10-12 Februari 2022. Program ini merupakan salah satu program berteraskan pendidikan tidak formal bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar terutamanya berkaitan sains dan teknologi masa kini disamping dapat melahirkan pelajar yang berminat dalam bidang sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia.

Lawatan tersebut telah berjaya mencapai objektif untuk membantu pelajar-pelajar daripada golongan anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk merasai pengalaman kemajuan sains dan teknologi yang terdapat di Malaysia, meningkatkan kesedaran pelajar kepada pentingnya menjaga alam sekitar disamping meningkatkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan sesuatu disamping memberi mereka peluang merasakan pengalaman kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.