16 Mac 2022, Rabu – Unit Komunikasi Korporat PKNK dengan kerjasama Jabatan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengadakan penyampaian Bakul Makanan kepada 120 orang penduduk sekitar Jeneri , Sik yang bertempat di Masjid Al-Maarif Jeneri, Sik. Pemberian bakul makanan tersebut memperuntukan wakalah zakat sebanyak RM 24,000.00, di mana Bakul Makanan tersebut bernilai RM 100.00 dan wang tunai sebanyak RM 100.00 kepada setiap seorang penerima Bakul Makanan tersebut. PKNK turut menyampaikan sumbangan kepada Pengurusan Masjid Al-Maarif sebanyak RM 1,000.00 bagi kegunaan Pengurusan Masjid Al-Maarif untuk persiapan aktiviti dan program masjid.

Pemberian Bakul Makanan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Syed Yussof bin Syed Othman, Ketua Pegawai Eksuktif PKNK dan YBrs Puan Maheran binti Manan, Ketua Pegawai Korporat PKNK. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ustaz Abd Hadi bin Abd Majid, Ketua Jabatan Agihan, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Ustaz Burhanuddin bin Hj Ahmad , Ketua Bahagian Agihan Balik, Lembaga Zakat Negeri Kedah serta AJK Pengurusan Masjid Al- Maarif Jeneri. Semoga pemberian tersebut dapat memudahkan dan meringankan sedikit beban kepada penerima sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba.