17 Mac 2022, Khamis - Bahagian Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia telah menjalankan Kursus MyPortfolio – Panduan Kerja Sektor Awam kepada warga kerja PKNK yang terpilih pada 16 Mac 2022 (Rabu) hingga 17 Mac 2022 (Khamis) bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar. Kursus ini disampaikan oleh En Meor Saharizan Bin Meor Idris bertujuan untuk menerangkan tentang tatacara yang betul dalam menghasilkan MyPortfolio yang berkualiti dan melalui kursus ini juga para peserta dapat memahami tentang deskripsi tugas masing-masing dengan lebih baik. Kursus ini juga turut dihadiri oleh Pengurus Kanan Bahagian Pentadbiran dan Pembangunan Sumber Manusia PKNK, En Azwan Bin Abdul Wahab.