23 Mac 2022, Rabu - Sesi kunjungan hormat dan perkongsian antara PKNK bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Kedah/Perlis pada 23 Mac 2022. Rombongan daripada LHDN diketuai oleh YBhg Puan Norfaidah Binti Daud Pengarah Negeri Kedah/Perlis dan barisan pengurusan tertinggi iaitu Encik Baharin Bin Abdul Mubin Pengarah Seksyen, En Mohamad Roshidin Bin Desa Pengarah Cawangan Siasatan serta para pegawai dari Pejabat Pengarah Negeri serta cawangan LHDN Kedah/ Perlis.

Majlis yang dipengerusikan oleh Yg Berusaha Tn Hj Hakim Ariff bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Pentadbiran dan Kewangan PKNK turut dihadiri bersama oleh barisan kepimpinan PKNK terdiri daripada Pn Anita binti Salleh Ketua Pegawai Operasi dan Pengurus Kanan Bahagian Kewangan En Junaidi bin Abidin dan Pengurus Bahagian Pelaburan Puan Wan Noor Ashikin binti Wan Azizan.