Satu sesi Kunjung Hormat kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, telah diadakan diketuai oleh Puan Anita Salleh, Ketua Pegawai Operasi PKNK disertai bersama pegawai daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan PKNK, Puan Kamariah Mohd Fisol dan juga Encik Fakharodzi Adnan.

Kunjungan hormat ini sebagai menzahirkan penghormatan dan penghargaan PKNK sebagai salah satu agensi di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang kerapkali mendapat kepercayaan dan peruntukan bagi menjalankan projek-projek berimpak tinggi dan untuk kesejahteraan rakyat dalam siri Rolling-Plan Rancangan Malaysia ke-12.

Semoga gagasan Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan dapat direalisasikan dengan sokongan dan hubungan erat Unit Perancang Ekonomi dengan PKNK.