18 April 2022, Yan - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bakul Kasih Ramadhan PKNK dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, ADUN Sungai Limau.

Penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Masjid Simpang Empat Sedaka, Yan dan merupakan agihan balik zakat perniagaan PKNK kepada 100 orang penduduk asnaf fakir, miskin dan fisabilillah di Sedaka, Yan dgn nilai pek makanan sebanyak RM10,000 dan tunai RM 10,000 kepada penerima sumbangan.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Puan Maheran binti Manan, Ketua Pegawai Korporat PKNK, Ustaz Burhanuddin bin Hj Ahmad , Ketua Bahagian Agihan , Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Kapten (B) Abdul Nasir bin Hassan, Pegawai Zakat Daerah Yan, Ustaz Muhammad Nasir bin Ahmad , Tuan Imam Masjid Simpang Empat Sedaka, Yan, barisan pegawai-pegawai dari PKNK dan LZNK serta barisan Skuad Perihatin PKNK yang banyak membantu melancarkan perjalanan majlis.

Semoga dengan sedikit sumbangan dari pihak PKNK dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan kepada penerima sumbangan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.