20 April 2022, Bandar Baharu - Telah berlangsung Majlis Sumbangan Bakul Kasih Ramadhan PKNK bersama YB Dato’ Norsabrina binti Mohd Noor , ADUN Bandar Baharu dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah di Masjid Al-Halimin Bandar Baharu.

Program tersebut telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Dato’ Norsabrina dengan pemberian bantuan yang juga merupakan wang agihan balik zakat perniagaan PKNK kepada 100 orang penduduk di sekitar Bandar Baharu dengan nilai pek makanan berjumlah RM10,000 dan wang tunai sebanyak RM 10,000. Penerima-penerima sumbangan ini juga mereka yang telah dikenalpasti layak menerima bantuan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah cawangan Bandar Baharu.

Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran Puan Anita binti Salleh , Ketua Pegawai Operasi PKNK, Ustaz Burhanuddin bin Hj Ahmad, Ketua Bahagian Agihan (LZNK) , Ustaz Shafiq bin Farik , Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Ustaz Zulkifli bin Zainon, Imam Masjid Al - Halimin, barisan pegawai-pegawai PKNK, barisan pegawai-pegawai LZNK dan barisan Skuad Perihatin PKNK yang banyak membantu melancarkan perjalanan majlis.