19 April 2022, Alor Setar - Selama dua kali berlangsung acara agihan bubur lambuk kepada orang awam telah berlangsung pada 12 April 2022 dan 19 April 2022 di perkarangan Wisma PKNK.

Program ini telah dijayakan oleh Unit Komunikasi Korporat bersama Skuad Perihatin PKNK yang sentiasa komited dalam membantu PKNK mengerjakan usaha-usaha tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Walaupun dalam keadaan berpanas dan berpuasa , setiap ahli Skuad Perihatin yang dilantik tetap bersemangat berkhidmat untuk masyarakat.