25 Mei 2022, Kuala Nerang - Telah berlangsung Majlis Sumbangan Bakul Kasih PKNK bersama YB Hj Munir bin Hj Zakaria , ADUN Kuala Nerang dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah di Masjid At-Tarmizi, Kuala Nerang.

Program tersebut telah disempurnakan dengan jayanya oleh YB Hj Munir bin Hj Zakaria dengan pemberian bantuan yang juga merupakan wang agihan balik zakat perniagaan PKNK kepada 120 orang penduduk di sekitar Kuala Nerang dengan nilai pek makanan berjumlah RM12,000 dan wang tunai sebanyak RM 12,000. Penerima-penerima sumbangan terdiri daripada mereka yang telah dikenalpasti layak menerima bantuan dari pelbagai qariah oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah cawangan daerah Padang Terap.

Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran Puan Maheran binti Manan , Ketua Pegawai Korporat PKNK, Encik Azizul Rusmadi Bin Abd Rahman, Timbalan Pegawai Eksekutif Agihan dan Pembangunan Asnaf (LZNK),Ustaz Burhannuddin Bin Hj Ahmad Ketua Bahagian Wakalah Agihan (LZNK), Ustaz Hj Logman Bin Hj Hussain Pegawai Zakat Daerah Padang Terap (LZNK), Ustaz Hj Romli Bin Saad Tuan Imam Dan Pengerusi Masjid, barisan pegawai-pegawai PKNK, barisan pegawai-pegawai LZNK dan barisan Skuad Perihatin PKNK yang banyak membantu melancarkan perjalanan majlis.