Hari Bertemu Pelanggan merupakan satu pendekatan yang holistik dalam menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus, cekap dengan sasaran untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada kumpulan sasar Jabatan.

Pada 31 Mei 2022 (Selasa) di Bilik Seminar Tingkat 7, Wisma PKNK, Hari bertemu Pelanggan Untuk Warga Kerja PKNK telah diadakan dengan jayanya. Tema untuk program ini adalah “Anda Tanya Kami Jawab”. Program ini diadakan dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang dan  ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kerja PKNK.

Program ini merupakan yang pertama kalinya diadakan bagi tahun 2022. Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan maklumat berkenaan sistem HRMIS, sistem ePSM, berkaitan cuti tahunan serta  buku rekod peribadi kepada warga kerja PKNK yang hadir pada sesi program tersebut.

Bagi menarik minat kehadiran warga kerja PKNK, Bahagian Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia sebagai penganjur telah mengambil inisiatif dengan menyediakan cenderahati kepada peserta yang hadir.