4 Jun 2022, Sabtu - Satu (1) program telah dianjurkan oleh Bahagian Keusahawanan iaitu Majlis Pra-Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) bagi tahun 2021 peringkat negeri Kedah, berjaya mengumpulkan seramai lebih dari 155 orang guru pembimbing dan pelajar dari 22 buah sekolah serata negeri Kedah. Majlis ini diadakan bagi sesi penghakiman Laporan Syarikat PROTUNe dan penjurian persembahan Syarikat PROTUNe untuk sekolah-sekolah yang terlibat dalam program tersebut khususnya bagi tahun 2021.
 
Program yang berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam itu diadakan di Pacific Regency Beach Resort, Port Dickson, dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Ketua Pegawai Pentadbiran & Kewangan PKNK dan diteruskan dengan sesi persembahan para pelajar. Sesi penjurian tersebut diketuai oleh pihak konsultan dari Akademi PKNS iaitu Wan Mohd Aliff bin Wan Zainal Rashid (Coach Aliff), Puan Hajah Hanisah binti Baharum, Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia serta dua orang wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK).

Program berakhir dengan ucapan penutup oleh Encik Hasnizam bin Zakaria, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid JPNK dan rumusan program oleh Coach Aliff. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil and plak oleh Puan Hajah Hanisah binti Baharum dan Encik Hasnizam bin Zakaria kepada wakil bagi setiap sekolah. Sebelum berangkat pulang, para peserta dibawa ke Putrajaya untuk meninjau dan bersiar-siar disekitar bandar itu.