20 Jun 2022, Sik - Sekitar majlis penyerahan barangan pakaian sekolah kepada pelajar-pelajar SK Bandar Baru Beris Jaya, Sik. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Anita binti Salleh (Ketua Pegawai Operasi, PKNK). Program penyerahan barangan sekolah tersebut telah melibatkan 105 orang pelajar dari tahun 1 sehingga pelajar tahun 5 yang terpilih untuk menerima set pakaian sekolah yang jumlahnya bernilai RM 10,500.00 dan tunai zakat dari wang agihan balik zakat perniagaan PKNK dengan jumlah sebanyak RM 5,250.00 bagi seorang pelajar yang layak menerima sumbangan tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis, Md Yusof bin Mat Hashim, (Guru Besar SK Bandar Baru Beris Jaya), Makhadir bin Husin, (PK Pentadbiran), Sopuan binti Ishak (PK Hal Ehwal Murid) , Puan Wan Nor Ashikin binti Wan Azizan (Pengurus Bahagian Pelaburan, PKNK) dan Anggota Skuad Perihatin PKNK yang banyak membantu melancarkan majlis yang terdiri daripada SP Shuhada, SP Ummi, SP Najihah dan SP Izmir, SP Syahmizan dan SP Ariff.