16 Julai 2022, Alor Setar - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah menganjurkan Karnival dan Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) pada 15-16 Julai 2022 di Aman Central, Alor Setar Kedah. Program ini diadakan sebagai kesinambungan Majlis Pra-Konvensyen PROTUNe Peringkat Negeri Kedah tahun 2021 yang diadakan di Port Dickson dan Putrajaya pada 2 hingga 4 Jun 2022 yang lalu.

Sebanyak 14 sekolah seluruh Kedah dan 2 usahawan Kedah Halal Park iaitu Una Manufacturing & Resources Sdn Bhd dan Nestmax Solition Sdn Bhd telah menyertai Karnival Jualan PROTUNe pada kali ini. Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini diisi dengan pelbagai slot persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah dari JPNK dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung.

Program Karnival dan Konvensyen ini juga turut dirasmikan oleh acara YB Dato’ Azman bin Nasrudin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan, Pembangunan Insan, dan Industri Utama dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Pentadbiran & Kewangan PKNK Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Pengarah JPNK Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Pegawai Operasi PKNK Puan Anita binti Salleh, wakil-wakil dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Pengurus-Pengurus serta Para Pegawai PKNK, wakil-wakil dari JPNK dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), para Pengetua, Guru-Guru serta para pelajar.