21 Julai 2022- Telah berlangsung Bengkel Pemurnian Isi Kandungan Manual Korporat Kumpulan PKNK di The Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pelaburan dan dikendalikan oleh En.Sulaiman bin Husin dan En. Muhammad Haziq bin Hamzah daripada Akademi PKNS Sdn. Bhd.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 37 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus-Pengurus Kanan, Pengurus-Pengurus dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dimana bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Anita binti Salleh, Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Tujuan utama bengkel ini diadakan bertujuan untuk membangunkan isi kandungan dokumen Manual Korporat Kumpulan PKNK, menyediakan format bersesuaian untuk dokumen Manual Korporat Kumpulan PKNK dan seterusnya merancang pelaksanaan dan pematuhan Manual Korporat Kumpulan PKNK.

Hasil daripada bengkel ini adalah diharapkan PKNK dapat membangunkan dan memuktamadkan Manual Korporat Kumpulan PKNK dengan pembentukan polisi dan manual yang standard secara menyeluruh serta membolehkan pengawasan terhadap prestasi dan pelaksanaan dasar tadbir urus korporat Syarikat Kumpulan PKNK dan subsidiarinya diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan.