5-6 Ogos 2022 , Pulau Pinang - Telah berlangsung program Retreat dan Teambuilding, Bahagian Pentadbiran dan Pembangunan Sumber Manusia buat julung kalinya.

Pengisian program ini adalah untuk membentangkan KPI setiap unit di bahagian PPSM, Pembentangan tugasan dan kerja-kerja yang telah dipertanggungjawabkan, cadangan dan penambahbaikan tugas-tugas bagi unit di PPSM, perbincangan penetapan SKT setiap unit dan aktiviti yang melibatkan kerja secara berkumpulan.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Hj Hakim Ariff bin Md Noor (Ketua Pegawai Pentadbiran dan Kewangan PKNK) dan ucapan taklimat telah disampaikan oleh Ybrs. Puan Hajjah Hanisah binti Baharum (Pengurus Bahagian PPSM).

Majlis berakhir dengan rumusan akhir yang telah disampaikan oleh Ybrs. Puan Pengurus PPSM dan sesi Hati ke Hati warga kerja PPSM.