Ahad 07 Ogos 2022 , Bukit Kayu Hitam - Satu Lawatan Tapak dan Taklimat Tender telah diadakan bagi Projek Cadangan Pembangunan Semula 16 Unit Gudang (Warehouse) Di Atas Lot 2075 & 2076, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam Fasa 3, Kedah Darul Aman.

Iklan mengenai tawaran ini juga telah dipaparkan di dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA siaran AHAD, 1 Ogos 2022.

Taklimat tersebut diketuai oleh Timbalan Pengurus Bahagian Teknikal PKNK Pn. Ir. Rosafizawati Binti Suib. Turut hadir bersama membantu staf di Bahagian Teknikal serta pihak perunding yg dilantik oleh PKNK dalam projek ini.

Lawatan ini telah disertai oleh 14 syarikat kontraktor G7 dari seluruh Malaysia.