14 Ogos 2022 (Ahad), SERDANG -Pavilion Kedah memenangi tempat ketiga dalam kategori Pavilion Negeri Terbaik di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia Tahun 2022 (MAHA 2022) yang telah disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee manakala tempat kedua dimenangi oleh Pavilion Selangor dan Pavilion Perak masih mengekalkan tempat pertama seperti tahun 2018 apabila menjuarai Pavilion Negeri Terbaik MAHA 2022.

Penolong Pengarah BPEN Seksyen Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Peladangan dan Komuniti, Mohd Juwaidi Mahmood berkata kepelbagaian keunikan produk yang ditonjolkan oleh Pavilion Kedah dan keistimewaan makanan yang dibawa pada MAHA 2022 pada kali ini membawa kepada kemenangan Pavilion Kedah.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia Tahun 2022 (MAHA 2022)  telah melabuhkan tirai pada 14 Ogos 2022 (Ahad) setelah berkampung selama 12 hari di MAEPS, Serdang sejak 4 Ogos 2022. Pihak PKNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah atas lantikan sebagai JK Promosi & Cenderamata VIP serta sekalung tahniah kepada “Keluarga Kedah” di atas kerjasama dan semangat keluarga Kedah menjadikan Negeri Kedah mendapat tempat sebagai Pavilion Negeri Terbaik.

Jumpa di MAHA 2024!