Telah berlangsung Majlis Kejohanan Olahraga SMK Sultanah Bahiyah kali ke - 54 bagi tahun 2022 pada 25 Ogos yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybrs. Puan Maheran binti Manan, Ketua Pegawai Korporat PKNK.


Setelah dua tahun acara tidak dapat dijalankan, padang SMK Sultanah Bahiyah kembali riuh dengan sorak tawa para pelajar.


Sekalung Tahniah diucapkan kepada pihak Pengurusan SMK Sultanah Bahiyah, guru-guru, para pelajar dan waris yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan kejohanan kali ini.