3 September 2022, Kota Sarang Semut - PKNK telah dijemput sebagai pempamer bagi agensi kerajaan di bawah Kerajaan Negeri Kedah untuk menyertai Muktamar PAS dengan tema pameran Kerajaan Perihatin , Rakyat Sejahtera yang telah berlangsung sejak 01hb September 2022 sehingga 04 September 2022 yang bertempat si Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Majlis Perasmian Pameran Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj Takiyuddin bin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 02hb September 2022 (Jumaat) lalu.

Booth PKNK juga telah mendapat kunjungan oleh YB Datuk Seri Hj Takiyuddin bin Hassan , Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan YB Senator Tuan Hj Idris bin Hj Ahmad , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) .