31 Ogos 2022, Alor Setar - Istiadat Perarakan dan Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022 berlangsung dengan jayanya dengan tema kemerdekaan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”

Menjadi tradisi tahunan PKNK sebagai agensi badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Kedah telah terlibat secara langsung sebagai Penaja Hadiah bagi pelbagai kategori pemenang perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan.

PKNK turut menyertai perarakan dan perbarisan dimana seramai 33 orang warga kerja PKNK mewakili Kontinjen PKNK dalam perarakan tersebut.

PKNK mengucapkan sekalung penghargaan kepada seluruh pihak Seketeriat dan Urusetia yang telah bertungkus-lumus melakukan persiapan bagi istiadat yang berprestij ini.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi Perarakan dan Perbarisan Kawad Kaki bagi tahun ini. Semoga berjumpa lagi pada istiadat akan datang.