30 Ogos 2022, Alor Setar - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi Tahun Kewangan (Taksiran) 2021 telah di Dewan Jamuan Negeri, Wisma Darulaman, Alor Setar, Kedah.
 
Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi PKNK iaitu YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah dan diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) iaitu YB Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Syed Yussof bin Syed Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, YBhg. Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus-Pengurus Besar Syarikat Kumpulan PKNK, Pengurusan PKNK serta Pengurusan LZNK.
 
Dalam ucapan perasmian, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor menitipkan bahawa “zakat membersihkan dan menyuburkan harta” manakala dalam ucapan aluan, YBhg. Dato’ Syed Yussof bin Syed Othman menyatakan bahawa “sebagai sebuah entiti bertaraf Bumiputera, PKNK menitikberatkan urusan bayaran zakat perniagaan ini dan menggalakkan agar syarikat-syarikat di bawah Kumpulan PKNK untuk melaksanakan kewajipan berzakat”.
 
Mock Cheque Zakat Perniagaan Kumpulan PKNK berjumlah RM1,990,812.60 telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor kepada YB Dato’ Haji Norizan bin Khazali manakala ‘Mock Cheque’ Syarikat Kumpulan PKNK disampaikan oleh Ketua- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus-Pengurus Besar Syarikat kepada YBhg. Dato’ Syed Yussof bin Syed Othman. Jumlah pembayaran zakat Kumpulan PKNK telah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya iaitu RM1,720,594.20 bagi tahun taksiran 2020 dan RM1,513,575.37 bagi tahun taksiran 2019.
 
Mudah-mudahan Allah SWT terus melimpahkan kurnia dan rezekinya ke atas PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang.