4 September 2022, Bukit Tinggi - Program Bengkel dan Teambuilding pihak Jawatankuasa Pengurusan Atasan (TMC) bersama Ahli Jawatankuasa MBJ Sesi 2022/2023 telah diadakan pada 1 hingga 4 September 2022, bertempat di The Chateau Spa Resort, Bukit Tinggi, Pahang.
 
Program Bengkel dan Teambuilding tersebut diadakan bertujuan untuk membincang dan mencari jalan penyelesaian berhubung isu-isu yang berbangkit di kalangan warga kerja dan Perbadanan. Selain itu, program tersebut juga diadakan sebagai menghargai sumbangan dan penglibatan ahli-ahli MBJ yang dilantik sebagai wakil kepada semua warga kerja Perbadanan dalam menyuarakan sebarang isu atau masalah di dalam Perbadanan.
 
Program tersebut turut diselitkan dengan aktiviti Explorace, di mana setiap kumpulan dibahagikan kepada 4 kumpulan, yang dianggotai oleh warga kerja di peringkat Pengurusan bersama warga kerja peringkat Sokongan, Aktiviti tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi kesefahaman di antara warga kerja, selain untuk mengeratkan lagi hubungan di antara warga kerja Kumpulan Pengurusan dan Kumpulan Sokongan. Aktiviti tersebut juga sedikit sebanyak dapat memantapkan lagi etika kerja serta dapat meningkatkan tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi dalam melakukan sebarang tugas yang telah diamanahkan.