28 September 2022, AlorSetar- Lawatan Tapak dan Taklimat Tender bagi Cadangan Pembinaan 'Open Deck' dan Anjung Tinjau Serta Kerja- Kerja Berkaitan di Pusat Peranginan dan Pelancongan Gunung Jerai, Kedah dan Cadangan Menaiktaraf Masjid Al- Muhtadin, Kariah Sungai Seluang di Atas Sebahagian Lot 60126, Seksyen 11 (Lot Lama PT 4061) Bandar Lunas, Kulim Kedah telah diadakan di mana pelawaan tender bagi projek- projek ini telahpun disiarkan di dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA pada KHAMIS, 22 SEPTEMBER 2022.
Taklimat tersebut diketuai oleh Pengurus Bahagian Teknikal PKNK Pn. Ir. Rosafizawati Binti Suib. Turut hadir bersama membantu staf di Bahagian Teknikal serta pihak perunding yg dilantik oleh PKNK dalam projek ini.
Lawatan tapak ini disertai oleh 27 syarikat kontraktor G4 dan 19 syarikat kontraktor G5 dari seluruh Malaysia.

