Selasa, 04 Oktober 2022:

Satu lawatan kerja pihak MARDI ke PKNK telah diadakan yang melibatkan seramai 18 orang pegawai MARDI dari Ibu Pejabat MARDI dan Pejabat MARDI Cawangan Negeri Kedah. Delegasi MARDI diketuai oleh Pengarah MARDI Negeri Kedah iaitu Yang Berusaha Encik Wan Zairi bin Wan Abdul Manaff serta Dr Rozeita binti Laboh dan Puan Nor Hazlina binti Mat Saad, Timbalan Pengarah Pusat HR, Ibu Pejabat MARDI. Sesi taklimat dan perbincangan dengan pihak PKNK telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Yang Berbahagia Dato' Syed Yussof bin Syed Othman dan dihadiri bersama Ketua Pegawai Pentadbiran & Kewangan, Tuan Haji Hakim Ariff bin Md Noor, Ketua Pegawai Operasi PKNK, Puan Anita Salleh, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan, Encik Azwan bin Abdul Wahab dan Pengurus-pengurus dari Bahagian Pembangunan Perniagaan, Bahagian Pentadbiran & Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Hartanah, Bahagian Pelaburan, Unit Keusahawanan dan Unit Pengurusan Ladang serta pengurusan tertinggi Syarikat Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah (KLPK).

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai peranan kedua-dua agensi serta membuka ruang kerjasama dan peluang kolaborasi dalam pelbagai bidang yang berkaitan yang dapat memberi manfaat serta keuntungan untuk kedua-dua pihak.