3 Oktober 2022 - Program tersebut telah diadakan di Tingkat 4, Wisma PKNK. Pihak LHDNM diketuai oleh Puan Norfaidah Binti Daud, Pengarah Negeri Kedah/Perlis, Encik Aziz Bin Din, Pengarah Cawangan Alor Setar, Encik Bahrin Bin Abdul Mubin, Pengarah Seksyen, Pejabat Pengarah Negeri Kedah/Perlis, Puan Wan Faridah Binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pengarah Negeri Kedah/Perlis, Puan Shamsuriza Binti Othman, Eksekutif Hasil, Pejabat Pengarah Negeri Kedah/Perlis dan beberapa Pegawai Eksekutif LHDNM yang lain.

Program ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Ketua Pegawai Eksekutif PKNK Dato' Syed Yussof bin Syed Othman, dan Pengurusan PKNK yang turut serta Puan Anita Binti Salleh, Ketua Pegawai Operasi, Puan Maheran Binti Manan, Ketua Pegawai Korporat, Pengurus - Pengurus Kanan Bahagian, Pengurus- Pengurus Bahagian, dan Ketua- ketua Unit.

Bagi anak syarikat PKNK adalah terdiri daripada Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd dan Kynetics Land Sdn Bhd.