29 Oktober 2022, Sik-Majlis Perasmian Pembaikan Rumah Penduduk Bandar Baru Beris Jaya di Sik yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah merangkap Pengerusi PKNK bertempat di Arena Futsal Bandar Baru Beris Jaya.
Projek pembaikan perumahan ini telah mendapat peruntukan daripada Unit Perancangan Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri melalui PKNK sebagai agensi pelaksana bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar dengan lantikan kontraktor dari BLT Engineering.
Projek yang bernilai RM 2.5 juta dengan tempoh siap selama 51 minggu menerusi 3 fasa pembaikan dimana Fasa Pertama sebanyak 96 unit rumah, Fasa Kedua sebanyak 44 unit rumah serta Fasa Ketiga sebanyak 60 unit rumah. Pembaikan ini merangkumi skop kerja seperti kemasan bumbung rumah, pendawaian elektrik, mengecat papan fascia, mengecat siling luar dan pemasangan lampu/kipas bagi setiap rumah berkaitan.
Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran Ybhg. Dato’ Haji Syed Yusof bin Syed Othman selaku Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Pegawai Daerah Sik, Tuan Mahamad Suhaimi bin Man, YB ADUN Dato’ Mohd Isa Shafiie, Mantan Ahli Perlimen Sik, Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman dan Puan Anita binti Salleh, Ketua Pegawai Operasi PKNK.








