30 Oktober 2022, Alor Setar - PKNK telah menerima Kunjungan Hormat Malaysia Debt Ventures Berhad ( MDV ) ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pada 30 Oktober 2022 ( Ahad) bertempat di Tingkat 4, Wisma PKNK yang telah dipengerusi oleh YBhg. Dato’ Haji Syed Yussof bin Syed Othman (Ketua Pegawai Eksekutif, PKNK) dan YBhg. Puan Wan Zawiyah Wan Halim (Ahli Lembaga Pengarah MDV) mengetuai delegasi MDV.

Kunjungan Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) yang juga merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI) berobjektifkan membina suatu hubungan dan kolaborasi antara PKNK dan MDV selaku agensi (MOSTI) bagi memperkasakan projek – projek kemajuan di negeri Kedah yang berteraskan teknologi di bawah PKNK untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir Bersama Puan Anita binti Salleh (Ketua Pegawai Operasi, PKNK) , Ybrs. Encik Mohd Farid bin Mohd Rosli , Pengurusan Kanan PKNK dan pegawai-pegawai daripada delegasi MDV.