31 Oktober 2022, Alor Setar - Bahagian Pemasaran dan Jualan yang dipengerusikan oleh Pengurus Kanan, En Khalid bin Salleh telah berjaya menganjurkan Program Mesra Pelanggan bersama-sama penyewa di Kilang IKS Kuala Ketil yang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Wisma PKNK.

Sebanyak sembilan (9) buah syarikat telah hadir memeriahkan program ini yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan penerangan kepada penyewa akan kelebihan memiliki kilang secara pajakan. Selain daripada itu, program tersebut merupakan Langkah promosi awal untuk menawarkan pajakan kilang IKS Kuala Ketil kepada penyewa sedia ada sebelum tawaran dibuka kepada pelabur-pelabur lain yang berminat.

Keseluruhan premis IKS yang ditawarkan adalah di antara RM220,000.00 – RM276,000.00 dengan nilai pajakan berjumlah RM4,546,000.00.