15 Disember 2022, Alor Setar - Meriah dengan keriuhan penonton yang menyaksikan pertandingan antara wargakerja PKNK bagi program The King Teh Tarik Battle dan Master Gulung Popia bersempena Majlis Perasmian Lobi Utama PKNK dan Karnival Usahawan Puspa Suri PKNK.

Persembahan gelek teh tarik oleh Encik Parkir daripada Popia Jamal pembuka tirai bagi pertandingan tersebut. The King Teh Tarik Battle telah berlangsung dengan pelbagai aksi-aksi berani yang ditonjolkan oleh para peserta menjadi tumpuan utama program tersebut. Program diteruskan dengan Master Gulung Popia yang disertai lima kumpulan dari pelbagai bahagian dan unit di PKNK.

Sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato Syed Yussof bin Syed Othman, kepada para pemenang. PKNK mengucapkan tahniah kepada para pemenang pertandingan dan penghargaan kepada wargakerja yang bertanding pada anjuran kali ini.