Satu (1) sesi temu ramah telah diadakan di antara Ketua Pegawai Eksekutif PKNK iaitu Tuan Haji Syed Yussof bin Syed Othman bersama dengan pihak RTM dan Sinar Harian bagi mempromosikan Kedah Halal Park (KHP). Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan berkenaan peranan dan kemudahan yang disediakan di KHP.

Sesi ini dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat PKNK bersama Unit Keusahawanan PKNK dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pentadbiran & Kewangan PKNK iaitu YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman beserta Timbalan Pengurus Bahagian Teknikal.  

Selepas sesi temu ramah, dif-dif kehormat dibawa melawat ke beberapa buah kilang di sekitar KHP seperti kilang Al-Haddad Manufacturing Sdn. Bhd., Selamat Abadi Sdn Bhd dan Emzi Holding Sdn Bhd bagi meninjau operasi kilang dan aktiviti perniagaan yang dijalankan di lot kilang masing-masing. 

PKNK telah mengadakan Program Tazkirah yang bertempat di Dewan Tingkat 4, Wisma PKNK. Program tazkirah tersebut telah diadakan pada 23 dan 25 November 2020. Tazkirah pada 23 November 2020 bertajuk “Ilmu, Iman & Amal – Pembentukan Wargakerja Yang Cemerlang. Manakala tazkirah pada 25 November 2020 pula bertajuk “Rezeki Berkat Keluarga Bahagia”. Tazkirah tersebut disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar, iaitu penceramah Agama dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Program tersebut disudahi dengan acara penyampaian cenderamata kepada penceramah, yang disampaikan oleh Pengurus Bahagian Pentadbiran iaitu Encik Azwan bin Wahab.

PKNK dan FELDA telah menjalinkan satu usahasama yg strategik dalam pembangunan ladang getah dan kelapa sawit di Ladang Laka Temin sejak tahun 1977. Hubungan kolaborasi ini akan diperluaskan lagi menerusi beberapa cadangan usahasama yang lain dan akan melibatkan Anak Syarikat Kumpulan PKNK.

Perkara ini telah dibincangkan dalam satu mesyuarat yang telah diadakan di The Jerai Hill Resort pada 2 November 2020, dihadiri oleh Pengurusan PKNK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, YBhg Dato' Abdul Rahman bin Abdullah dan Pengurusan FELDA yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Besar FELDA (Perladangan & Pembangunan Peneroka), YBhg Dato' Amir Hamdan bin Yusof.

Mesyuarat ini diteruskan dengan majlis penyampaian mock cheque pembayaran perkongsian keuntungan Projek Usahama Laka FELDA-PKNK serta penyampaian cenderahati.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dan dihadiri oleh 19 orang wakil dari Pejabat Tanah Daerah seluruh negeri. Mesyuarat dianjurkan serta diselia oleh Bahagian Hartanah yang diterajui oleh Puan Maheran binti Manan, Pengurus Kanan Bahagian Hartanah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Kursus 'Company's Performance & Investment Analysis' merupakan satu kolaborasi strategik di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan Universiti Utara Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui perkongsian ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj Syed Shaharuddin bin Syed Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan).

Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, barisan Pengurusan Kanan serta Pegawai-Pegawai dari 15 Agensi/GLC iaitu PKNK, Anak-Anak Syarikat Kumpulan PKNK (PKNK Hotels Sdn Bhd, Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd, Kynetics Land Sdn Bhd, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd, Bina Darulaman Berhad, KSDC Insurance Brokers Sdn Bhd, Kedah Medical Centre Sdn Bhd, KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd, Darulaman Aset Sdn Bhd), Menteri Besar Incorporated, Permodalan Kedah Berhad, Invest Kedah, State Secretary Incorporated dan Yayasan Islam Negeri Kedah.

Dalam suasana Pandemik Covid-19, dana Kerajaan adalah terhad. Justeru, adalah menjadi kewajipan barisan Pengurusan Tertinggi sesebuah organisasi untuk merancang, menganalisis dan menginterpretasikan data agar pengurusan kewangan menjadi lebih efektif dan efisien.