Perbadanan melalui Bahagian Pelaburan telah julung kali mengadakan mesyuarat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PKNK yang diadakan pada Isnin 8 April 2019 bertempat di The Jerai Hotel Alor Setar. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang dan diikuti dengan Majlis Penyerahan Rasmi Pelan Strategik Kumpulan 2019 – 2023 dan KPI Kumpulan PKNK Tahun 2019. Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK kepada Ketua Pegawai Eksekutif semua anak syarikat Kumpulan PKNK.

 

Ketua Eksekutif PKNK telah berbesar hati untuk menyumbangkan sumbangan kepada pihak sekolah dan pelajar SK Merbok (Pusat), dalam satu majlis yang telah diadakan di sekolah tersebut pada 20 Mac 2019 yang lalu. Bantuan tersebut dalam bentuk peralatan sekolah untuk pelajar, dan juga sumbangan dalam bentuk kewangan. Seramai 6 orang warga kerja PKNK turut hadir bersama dalam majlis tersebut. Seramai 50 orang pelajar yang terpilih telah menerima bantuan dalam majlis tersebut.

Tarikh             : 09 Mac 2019

Tempat           : Hutan Rekreasi Titi Hayun, Yan, Kedah

Ketua Unit Komunikasi Korporat PKNK bersama 18 orang warga kerja telah mengadakan lawatan ringkas ke Hutan Lipur Titi Hayun, Yan, Kedah. Lawatan pada 09 Mac yang lepas bertujuan meninjau kawasan di sekitar Hutan Lipur tersebut dalam persiapan pihak penganjur terlibat untuk acara Karnival Rekreasi Jerai Geopark. Karnival yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Mac 2019 ini melibatkan sebahagian kawasan di bawah milik PKNK, di mana permohonan dibuat oleh pihak penganjur atas penggunaan kawasan tersebut, maka pertemuan antara wakil PKNK dan salah satu dari pihak penganjur telah dibuat dalam lawatan berkenaan. Antara penganjur yang terlibat dalam karnival tersebut adalah Jerai Geopark, Majlis Daerah Yan, Hammockers Malaysia serta salah satu penganjur dalam pertemuan dengan wakil PKNK dalam lawatan tersebut iaitu JomPiyan Outdoor Team.

 

 

Majlis Mesyuarat Agong PIBG kali ke-42 telah diadakan di SK Tanah Merah, Pendang, pada 14 Mac 2019 yang lalu di mana Ketua Eksekutif PKNK telah dijemput bagi merasmikan majlis tersebut. Turut diadakan sumbangan zakat dalam bentuk kewangan dan juga bantuan persekolahan kepada 50 orang pelajar sekolah tersebut. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari pelajar dan juga acara cabutan bertuah. Majlis tersebut  turut dihadiri oleh 3 orang warga kerja PKNK.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Zakat Kepada Penduduk-Penduduk Di Kampung Pida Mukim Jerlun yang telah berlangsung pada 02 Mac 2019 (Sabtu) bertempat di Masjid Umar Al-Khattab, Kampung Pida 3. Majlis Serahan Bantuan Zakat tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK dan diiringi oleh Puan Maisarah Fazilah, Ketua Unit Komunikasi Korporat.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk-penduduk di kampung tersebut yang kurang berkemampuan. PKNK mengagihkan zakat perniagaan 2018 berjumlah RM40,000.00 kepada 200 asnaf di Mukim Jerlun. Setiap penduduk yang berkelayakan telah menerima wang zakat berjumlah RM150.00 dan barangan runcit bernilai RM50.00.