Pada 29 Disember 2019 yang lalu, #BFFPKKNK dengan kerjasama Biro Kebajikan KSR PKNK dan Skuad Prihatin PKNK telah mengadakan program ‘Back To School’ untuk keluarga asnaf dan anggota komuniti yang memerlukan pakaian peralatan sekolah untuk persediaan ke sekolah pada tahun 2020.

Program pengagihan sumbangan “BACK TO SCHOOL SESI 2019” dari Rsquad Rsedeqah, Sungai Petani, Kedah. Majlis ini telah diadakah pada 25hb Disember 2020 bertempat di Dewan Seminar Kedah Halal Park, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Seramai 30 orang anak-anak asnaf, kurang berkemampuan, anak-anak orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim serta yatim piatu telah dipilih bagi menjayakan program ini. Sumbangan ini telah disampaikan oleh ahli-ahli sukarelawan Rsquad dan orang ramai dari seluruh negara termasuk dari luar negara. Sumbangan adalah berbentuk barang-barang kelengkapan sekolah. 

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah telah mengadakan Seminar Kesedaran Green 5S pada 22hb Disember 2019 bertempat di Dewan Seminar Kedah Halal Park, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Program ini telah dianjurkan bersama dengan kerjasama Sirim STS Sdn. Bhd., Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Kedah Food Valley (KFV).

Objektif program adalah untuk memberi input serta membuka peluang kepada usahawan-usahawan IKS untuk mengetahui peluang-peluang bagi meningkatkan produktiviti syarikat melalui penembusan teknologi dan menaiktaraf sektor pembuatan melalui Geran Program Sirim-Fraunhofer.  

PKNK telah menganjurkan Kem Potensi Jaya Diri dan Kem Cuti Sekolah pada 23 dan 24 Disember 2019 yang lalu bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani, Kedah. Program ini adalah sebahagian dari Program Lestari Ilmu PKNK yang telah diperuntukkan setiap tahun. Program ini terbuka khususnya kepada anak-anak warga kerja PKNK serta anak-anak syarikat PKNK.

Program yang turut diadakan dengan kerjasama Smart Triple IQ bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar untuk lebih bersedia dalam menghadapi sesi persekolahan yang akan dibuka pada 1 Januari 2020. Selain itu para pelajar turut diterapkan dengan nilai-nilai ilmu dan disiplin, bertujuan untuk memberi pemahaman tentang pentingnya tanggungjawab serta akhlak bukan sahaja sebagai seorang pelajar, malah sebagai seorang manusia yang beragama.

PKNK telah dipilih menjadi Host Bersama bagi Mesyuarat Penyelarasan Agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Bil.2 Tahun 2019 yang telah berlangsung di Pulau Langkawi pada 30 November 2019 hingga 02 Disember 2019. Mesyuarat yang kali pertama diadakan di luar Putrajaya ini, telah mengumpulkan sebanyak 31 agensi di bawah MEA, iaitu 13 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan 18 agensi lain di bawah MEA dari seluruh Malaysia dan ianya telah menjadi platform kolaborasi dan kerjasama antara MEA dengan Agensi di bawahnya.

Sempena penganjuran mesyuarat ini, PKNK telah menganjurkan Majlis Malam Mesra PKEN bersama MEA pada malam 30 November 2019 bagi mengeratkan hubungan antara PKEN dan MEA.

Mesyuarat Penyelarasan PKEN telah diadakan pada 01 Disember 2019 telah membincangkan isu-isu berbangkit yang melibatkan PKEN untuk dibawa kepada pihak Kementerian. Mesyuarat ini seterusnya disambung dengan Lawatan Sektor Ekonomi PKNK pada sebelah petangnya.

Mesyuarat Penyelarasan Agensi Bil.2 Tahun 2019 telah diadakan pada 02 Disember 2019 telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Y. Bhg. Dato' Dr. Noor Zari bin Hamat, telah membincangkan dan menyelaras perkara-perkara penting meliputi Pembentangan dan perbincangan Kemajuan Kerja Bahagian Penyelarasan, Kawalan dan Pemantauan (BPKP), MEA sebagai Kementerian Pengawal serta Pembentangan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan MEA seterusnya pembentangan dan perbincangan antara MEA dengan agensi.