Majlis Penyerahan Kampung Buku antara MARDI dan PKNK telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Julai 2019 yang lalu, dimana tujuan utama majlis tersebut adalah sebahagian perancangan PKNK untuk pembangunan semula Kampung Buku sebagai pusat produk perubatan tempatan. Selain itu ia juga akan dibangunkan semula sebagai tempat untuk penggemar aktiviti luar. Pusat pemprosesan teh dari daun pokok Tiin juga akan dibangunkan di situ, menurut Y.Bhg Ketua Pegawai Eksekutif pada majlis tersebut. Antara yang dijemput pada majlis itu adalah Pengarah, Pegawai dan kakitangan MARDI, Pejabat Daerah Langkawi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Pejabat Pelancongan Langkawi serta beberapa lagi agensi dan jabatan terlibat.

 

Sejak dilancarkan pada 5 Mei 2019, sehari sebelum sambutan bulan Ramadhan hingga hari ini, #BFFPKNK terus menjadi tumpuan oleh masyarakat setempat dan juga dari luar Alor Setar. 

Pusat sehenti ini menerima kunjungan penyumbang dan juga mereka yang memerlukan pakaian @ barang terpakai yang masih elok setiap hari Ahad mulai        jam 10.00 pagi hingga 1.00 ptg.

Rata-rata individu yang memerlukan barangan ini menyatakan rasa syukur kerana mempunyai tempat untuk dapatkan barangan berkenaan. Pada hari Ahad minggu akhir Ramadhan menjelang Aidil Fitri, hampir 100 individu telah mengunjungi #BFFPKNK.

Moga usaha kecil  #BFFPKNK ini akan terus mendapat sambutan penyumbang-penyumbang dan mereka yang memerlukan.

 

Bina Darulaman Berhad telah mengadakan Mesyuarat Tahunan pada Khamis 25 April 2019 bertempat di Hotel BDB, Jitra.   Mesyuarat yang berlangsung lebih dari sejam ini, telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah BDB. Dalam mesyuarat tersebut telah diadakan sesi penerangan secara terperinci oleh setiap Ahli Lembaga Pengarah tentang prestasi tahunan 2018, serta perancangan masa hadapan Kumpulan BDB kepada pemegang saham yang hadir.

 

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah di adakan pada 30 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat UKIR 4, Wisma PKNK.

Penganugerahan  ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja PKNK yang telah berkhidmat dengan cemerlang untuk sepanjang tahun 2018. Seramai 21 orang warga kerja PKNK telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018.

 

PKNK bersama syarikat Seri Libana Sdn. Bhd. Telah mengadakan lawatan ke Kawasan Industri, Bukit Kayu Hitam pada 22 April 2019 yang lalu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengenalpasti serta meninjau potensi kawasan tersebut untuk projek solar yang akan dimajukan oleh syarikat yang berkenaan. Lawatan yang disertai oleh lima orang wakil syarikat Seri Libana dan beberapa orang pegawai PKNK dimulakan dengan sesi perjumpaan di pejabat PKNK sebelum mengadakan sesi lawatan ke tapak industri tersebut.