Bina Darulaman Berhad telah mengadakan Mesyuarat Tahunan pada Khamis 25 April 2019 bertempat di Hotel BDB, Jitra.   Mesyuarat yang berlangsung lebih dari sejam ini, telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah BDB. Dalam mesyuarat tersebut telah diadakan sesi penerangan secara terperinci oleh setiap Ahli Lembaga Pengarah tentang prestasi tahunan 2018, serta perancangan masa hadapan Kumpulan BDB kepada pemegang saham yang hadir.

 

PKNK bersama syarikat Seri Libana Sdn. Bhd. Telah mengadakan lawatan ke Kawasan Industri, Bukit Kayu Hitam pada 22 April 2019 yang lalu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengenalpasti serta meninjau potensi kawasan tersebut untuk projek solar yang akan dimajukan oleh syarikat yang berkenaan. Lawatan yang disertai oleh lima orang wakil syarikat Seri Libana dan beberapa orang pegawai PKNK dimulakan dengan sesi perjumpaan di pejabat PKNK sebelum mengadakan sesi lawatan ke tapak industri tersebut.

Pada Khamis 18 April 2019 yang lalu telah diadakan taklimat bagi mengemaskini Laman Web Gemaputera oleh The Malaysian Dotcom Sdn. Bhd. untuk agensi gemaputera bagi sesi 2019-2020 dibawah seliaan Uda Holdings Berhad  di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur.

Taklimat bermula dengan kata-kata aluan daripada Ketua Pegawai Operasi Bahagian Perkhidmatan Korporat Kumpulan Uda Holdings Berhad dan diadakan sesi memperkenalkan Juruperunding IT yang dilantik, The Malaysian Dotcom Sdn. Bhd. serta mengemaskini pengisian Laman Web Gemaputera 2019.

 

Satu majlis sumbangan zakat kepada para pelajar telah diadakan pada 21 April yang lalu. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh, Daerah Yan, Kedah. Sumbangan zakat yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan pembelajaran, dan juga sumbangan wang perbelanjaan sekolah untuk para pelajar.

slide1pmtgblh

Seramai 6 orang warga kerja PKNK turut hadir bersama dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ibu bapa para pelajar. Seramai 50 orang pelajar yang terpilih telah menerima bantuan dalam majlis tersebut. Ini adalah kali pertama SK Permatang Buloh dipilih oleh PKNK untuk sumbangan zakat tersebut.

 

Perbadanan melalui Bahagian Pelaburan telah julung kali mengadakan mesyuarat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PKNK yang diadakan pada Isnin 8 April 2019 bertempat di The Jerai Hotel Alor Setar. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang dan diikuti dengan Majlis Penyerahan Rasmi Pelan Strategik Kumpulan 2019 – 2023 dan KPI Kumpulan PKNK Tahun 2019. Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK kepada Ketua Pegawai Eksekutif semua anak syarikat Kumpulan PKNK.