Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Zakat Kepada Pelajar-Pelajar Yatim, Miskin Dan Asnaf yang telah diadakan pada 06 Oktober 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin, Serdang, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir dan diiringi oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober telah diadakan pada 01 Oktober 2018 (Isnin) bertempat di Ruang Legar Wisma PKNK. Majlis tersebut dimulakan dengan Lagu Negara Ku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Perkhidmatan Awam diiringi oleh Kumpulan Koir PKNK. Majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan dan amanat oleh Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, Ketua Eksekutif PKNK. Tuan Ketua Eksekutif juga mengumumkan kenaikan pangkat kepada sembilan (9) warga kerja PKNK yang berkelayakan.

Program Kecemerlangan Dan Motivasi Diri Pelajar-Pelajar SPM bagi tahun 2018 telah diadakan pada 09 hingga 11 Ogos 2018 bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani, Kedah.  Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti akademik dan motivasi diri. Program ini merupakan program Lestari Ilmu yang dianjurkan sendiri oleh PKNK dan diuruskan oleh Unit Perhubungan Awam PKNK.

Jurulatih utama untuk program ini ialah Puan Dyna Ahmad dari Rexcel Training dan seramai 110 orang pelajar telah mengikuti program yang dilaksanakan ini yang terdiri daripada 6 buah sekolah iaitu SMK Tunku Sulong, SMK Selama, SMK Agama Kedah, SMK Seri Pantai, SMK Tokai dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Program Kecemerlangan Dan Motivasi Diri Pelajar-Pelajar SPM tamat dengan jayanya pada 11 Ogos 2018, jam 1.00 tengahari dan Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Puan Syivani Mat Jusoh mewakili Pengurus Unit Perhubungan Awam PKNK dan diiringi Pengetua SMK Seri Pantai, Encik Ku Azizan Ku Baharum serta wakil konsultan Rexcel Training & Event Consultancy, Puan Dyna Ahmad.

 

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-61 Peringkat Negeri Kedah telah disambut pada 31 Ogos 2018 (Jumaat) di Balai Seni berhadapan Masjid Zahir, Alor Setar. Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah menyertai perarakan tersebut dan diwakili oleh seramai 34 orang warga kerja PKNK yang diketuai oleh Encik Zolkefli bin Mohamad.

Program Business Coaching & Mentoring Siri ke-7/2018, telah dijalankan mengikut pengisian program yang telah ditetapkan dan dilaksanakan mengikut jadual.  Tempoh program ini dilaksanakan adalah selama 7 bulan bermula daripada bulan Januari sehingga Julai 2018.

Kemuncak program ini, adalah Majlis Konvensyen dan Penganugerahan yang akan diadakan pada 6 Ogos sehingga 8 Ogos 2018, bertempat di DeBaron Resort, Kuah Langkawi.  Pada majlis tersebut seramai 25 orang akan membentangkan prestasi dan Rancangan Perniagaan syarikat masing-masing.