Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah Darul Aman telah melaksanakan Program Bantuan Baucar Daging Percuma Sempena Aidilfitri Kepada Golongan Miskin Tegar Dan Miskin pada 12 jun 2018 bertempat di DUN Ayer Hitam.  Program tersebut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dan diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Tuan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman Abdullah.

Pada 13 Jun 2018, pengagihan daging telah diagihkan kepada 35 DUN dan Skuad Prihatin PKNK seramai 60 orang ahli pada julung kalinya telah turun ke padang bagi mengendalikan program pengagihan daging tersebut kepada golongan miskin tegar dan miskin sekaligus dapat mengenal masyarakat setempat dengan lebih dekat lagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan terpinggir.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz Bagi Tahun 2018 pada  29 Mei 2018 (Selasa) bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Majlis berbuka puasa tersebut dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Hj Abdul Rahman Abdullah serta pengurusan atas PKNK.

Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Islam Hidup Matiku (IHMK), Jitra dan persembahan Qasidah dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian duit raya serta cenderamata kepada anak-anak yatim serta pelajar tahfiz sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis berbuka puasa tersebut diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan bagi menyambut bulan Syawal.