Tanggungjawab Sosial Korporat

 PKNK sebagai penjana pembangunan Negeri Kedah Darul Aman, terlibat secara langsung dalam Tangunggjawab Sosial Korporat (CSR). PKNK terus memainkan peranan penting sebagai warga korporat yang bertangungjawab dengan menyumbang kepada komuniti, kebajikan, alam sekitar dan pembangunan sukan. PKNK terus terlibat membantu Kerajaan Negeri dalam usaha mengilmukan masyarakat melalui Program Lestari Ilmu kepada sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah agama rakyat (SAR). Tanpa meminggirkan insan-insan yang kurang berkemampuan, setiap tahun PKNK akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk golongan berkenaan. Melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNK dapat mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dan juga luar bandar serta meningkatkan imej PKNK di peringkat kebangsaan dan antarabangsa